Satu Family!!!!!

Wednesday, September 8, 2010

Sugar Daddy

Duit atau kebebasan, mane yang Miss J pilih? Sanggup ke korang korbankan kebebasan Miss J demi untuk dapatkan duit? Dah terang-terang si SUGAR DADDY tu tak nak kawen ngan Miss J. Tapi, ATOK tu (mari kite panggil SUGAR DADDY tu ATOK) punya mengongkong, TAK HENGAT.. macam nk buat Miss J jadi bini. Nak-nak dapat plak tua bangka jenis tak sedar diri. Dah nak mampos tapi menggatal lagi dok abiskan wit kat Miss J yang hot tuh.. Pastu banyak plak pantang larang ATOK tu kasi kat Miss J.

  • Mula-mula skali, gambar...


credits to Google

Ce korang tengok gambar nih. takde body contact lansung kan? Gambar macam ni pon bole menjadi masalah kat ATOK tu. Jeles la.. Ape la. Nampak Miss J macam pompuan murahan la. HELLO.. dah tentu-tentu kalau awek yang berSUGAR DADDY ni mestilah sedikit sosial kan. Takkan la awek yang SKEMA, BERIMAN (lagak-lagak je ops) nk ader SUGAR DADDY plak? (((Ala... Miss J sosial pon, ATOK tu bukan nk kawen ngan Miss J.? Lagipun dah berjuta kali kot Miss J kata tu kawan-kawan dia, salah ke nak bergambar???)))

  • Lepas tu plak timing tuk lepak bersama kawan-kawan...

ape gile checking every 20 minits, tanya kat mana? dengan sape, buat apa, kenapa perlu jumpa org itu, tak kisah la laki ke pompuan pon, even klu Miss J pi jumpa kakak angkat Miss J pon dia akan tanya, kenapa perlu jumpa minah tu? apa yang penting sangat... BULLSHIT!! teruk betul. takkan nk dok dalam bilik tunggu dia muncul je, takde life ke Miss J tu?

  • Lepas tu plak syarat-syarat menjawab sms dan panggilan telefon...

Telefon kalau boleh kene sangkut handsfree kat telinga, tak bole tinggal telefon kt memana, even mandi atau berak pon kene bawak. Nanti kene marah pasal x jawab phone. Sms plak kene reply, xde alasan untuk kata xde credit sbb ATOK akan topup berpuluh2 hengget tuk MISS J. Dan kalau dia call pon, jangan la nk kata ader tamu ke, ader hal ke, tengah discuss ngan mak ke, bapak ke, dia still takkan HANG OFF. Still nk sembang, teruk betul ATOK. Takde manners lansung.

  • Lepastu, email, facebook & blogging,

Semua dia akan cek dan tapis, ini tak suka, itu tak suka, ini kene delete, jangan add org ni, WTF. Status facebook kene jaga. Semua atas alasan nanti kawan-kawan dia baca, MALU. Haishh dah tentu FACEBOOK MISS J, kawan-kawan MISS J je yg bole baca facebook ATOK. Blog plak, apa yang di tulis semua kene tapis. Agak2 ATOK x suke, kene delete. Mana perginye kebebasan BERSUARA??

Pasal email plak, si Miss J ni pakai satu email yg macam ni... iloveali@yahoo.com (ali bukan nama sebenar. ali tu ex BF Miss J) Itu pon menjadi masalah. ATOK tu soh buang email tu TERUS! Padahal email tu dah di register dengan segala macam web-web penting. (facebook,nuffnang,blogers,maybank2u dll.) kan payah nk laksanakan apa yang dia mintak. Kalau dia tu BF miss J maybe bole terima ag. Ni cume sekadar SUGAR DADDY je kot.


sumber wit wa sendiri

Memang la seronok Miss J kene pump duit yg banyak. Mintak ni dapat, mintak tu dapat, tapi sampai bila plak Miss J nak jadi Puppet Doll yang di ikat tangan dan kaki, yang kene ikut semua pergerakan yg ATOK tu nak?? Haish. Dan wa rase, Miss J tak sanggup dan tak bahagia lansung ngan duit yang banyak tuh.

So kalau korang jadi Miss J, ape korang nk buat? Berambus ke, atau terus serah diri diseksa secara mentaliti nih. Haish wa tak tahan... Banyak lagi yang aku tak cerita kat sini. Malas lak nk cerita semua, panjang lebar kang membebel.

Tapi pendek kata untuk ATOK, lu memang sebal, bongok, nak mampus, tua kutuk tak sedar diri. Ganyut. Kerepot, lanjut lembik, kendur, lendut dan yang sewaktu dengannye. (ni yang terpendek kata-kata wa)

Dan akhir kata buat KEKASIH HATIKU si JARI MANIS dan JARI TENGAH, sorry lama dah xde entry sbb sedikit bz melayan Miss J dan ATOKnye, dan Selamat Hari Raya, Kelingking nak susun 10 jari (jari? jari susun jari?) nk mintak ampon dan maaf sekiranya banyak memeningkan korang berdua eh.. I LOVE U GUYS. Dan untuk pembaca yg setia baca entry ni sampai abis, TENGS!! Selamat Hari Raya.



2 comments:

matbotz said...

kenapa tak nak tinggalkan je...tepuk dada tanya selera

jejari keLingking said...

sebab miss J nak pakai duit :)

Related Posts with Thumbnails